tuk merapi crew…

Tuk MeRapi crew….  Perpisahan seringkali memberi seribu satu kesan kepada kita. Membuatkan kita sering keliru antara rasa gembira, sedih, terharu, terkilan, dan kecewa, malah marah kepada masa yang selalu mencemburui kita. Semusim diSentral meninggalkan episod kehidupan yang pastinya akan menjadi antara sejarah agung buat aku. Hari esok akan tiada lagi sapaand ari kalian  dan kek air tangan kalian. Tiada lagi gelak tawa  bang inoels dan mas ojie. Tiada lagi suara lembut mbak tya. Tiada lagi senyuman manis mbak delta. Tiada lagi bunyi mesej telefon mbak dian. Tiada lagi tutur nasihat mas erwin. mas tyo. Tiada lagi makan tengahari yang melekakan bersama kalian . Tiada lagi wajah awet ceria mas ojie. Tiada lagi kebisingan bunyi keyboard yang bergesel dengan landasannya. Dan tiada lagi suara-suara sumbang dari mulut mereka yang tak bisa memahami aku. Betapa aku bersyukur atas segala nikmat-Nya ini. Kalau adapun peluang kedua untuk aku mengulangi hari semalam, aku yakin ia tidak seindah hari-hari yang telahpun berlalu itu. Aku telah cuba menjadikan setiap hari semalam berlalu dalam keadaan yang sempurna, kerana aku tak mahu menyesal di kemudian hari kerana aku tak sempat melakukan perkara yang sepatutnya aku lakukan. Namun, aku percaya selagi mana aku bernama insan, aku tak akan mampu melakukannya juga. Hanya lafaz ampun dan maaf yang meniti di bibir demi segala ketidaksempurnaan itu. Terlalu banyak dosa aku selama ini. Buat sahabat, ketahuilah betapa aku tak pandai berbicara manis di depan kalian, tak pandai mempamerkan emosi di riak wajah, tak pandai menunjukkan keikhlasan hati. Harapnya masih ada yang mampu mengerti sebenar-benar perasaan yang bergelodak dalam hati aku – kesyukuran yang tak terhingga kerana punya sahabat seperti kalian. Harapnya perbalahan hari semalam adalah bukti keutuhan ikatan silaturrahim kita. Harapnya kegembiraan hari semalam akan menjadi hadiah perpisahan yang tak ternilai harganya. Harapnya kesedihan hari semalam akan menjadi tugu ingatan yang menggambarkan bahawa masih ada lagi teman menangis di dunia ini. Terima kasih atas semua perbalahan, kegembiraan dan kesedihan ini. Maafkan aku jika aku belum layak untuk bergelar sahabat buat kalian. Semusim di Sentral terlalu sarat dengan suka duka cerita. Dan aku tak mahu menamatkannya lagi….Tuhan, Berikan lah kesuksesan untuk mereka “SaHaBaTKU”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s